Rabu, 27 Julai 2016

Khasiat Pokok Daun Rerama

Jom Kita Kenal Dahulu Salah Silah

Nama saintifik adalah Mariposa Christia Vespertillonis dan berasal dari Rantau Asia. Pokok ini mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih. Seterusnya, daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. Sekiranya pokok ini dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki.
Daun pokok rerama ini terdapat dalam pelbagai warna tetapi yang digunakan untuk penyelidikan bagi tujuan perubatan ialah daun rerama yang berwarna hijau.

Jenis-Jenisnya

                                                           Pokok rerama berdaun merah




                                                Pokok rerama berdaun hijau belang ungu


                                                                Pokok rerama berdaun ungu


                                                   Pokok rerama berdaun hijau belang tua dan muda

  


                                                            Pokok bunga rerama untuk hiasan 



                                                              Pokok rerama berdaun hijau
   Spesis pokok rerama berdaun hijau inilah yang bernilai tinggi dalam perubatan.
Harga boleh tahan la untuk sepokok  yang sudah matang.


Rupa pokok rerama yang sudah dikeringkan

Kandungan Khasiat Daun Rerama 

Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ianya mengandungi 'active ingredient' yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser. Selain itu, ia boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.

Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.

Kaedah rawatan yang digunakan adalah hanya dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.


Pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) juga telah membuat kajian dan terbukti bahawa daun pokok rerama ini mengandungi ciri-ciri anti barah dan anti keradangan.